Skip to main navigation Skip to main content Skip to page footer

EPSA

EPSA ialah platform pembelajaran dalam talian yang disediakan oleh INTAN (Institut Tadbiran Awam Negara) untuk penjawat awam Malaysia.

Layari

E-latih

e-Latih HRD Corp ialah platform pembelajaran dalam talian yang dibangunkan oleh Human Resource Development Corporation (HRD Corp) di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA). Platform ini menyediakan akses kepada pelbagai kursus latihan digital bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tenaga kerja Malaysia.

Layari

Malaysia MOOC

MOOC (Massive Open Online Course) ialah platform pembelajaran dalam talian terbuka yang menawarkan pelbagai kursus digital kepada orang awam. Ia membolehkan pembelajaran kendiri melalui video, nota dan penilaian secara fleksibel, tanpa had masa dan lokasi, serta menyokong pembelajaran sepanjang hayat dan peningkatan kemahiran.

Layari

eKursus CIAST

Kursus CIAST merujuk kepada program latihan kemahiran yang ditawarkan oleh Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) di bawah Kementerian Sumber Manusia. Kursus ini memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran teknikal, vokasional dan profesional bagi meningkatkan kompetensi tenaga kerja selaras dengan keperluan industri semasa.

Layari

Vertex Mesh Alliance

Vertex Mesh Alliance ialah platform pembelajaran dan pembangunan kemahiran digital yang menawarkan kursus serta latihan berkaitan teknologi, inovasi dan kemahiran masa hadapan. Platform ini menyokong peningkatan kompetensi individu melalui pembelajaran dalam talian yang fleksibel selaras dengan keperluan industri semasa.

Layari

ELTC

English Language Teaching Centre (ELTC) IMPROVE ialah platform pembelajaran dalam talian percuma yang menyediakan kursus pembangunan profesional untuk pendidik.Ia menawarkan micro-kursus fleksibel untuk membantu meningkatkan kemahiran pengajaran, serta menyediakan e-sijil selepas tamat kursus.

Layari