Perpustakaan terbuka kepada semua kakitangan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).
Kakitangan MBIP perlu mengisi borang pendaftaran untuk menjadi ahli perpustakaan.
Pinjaman Bahan
Ahli boleh meminjam sehingga 5 item pada satu masa bagi tempoh 14 hari termasuk hari tidak bekerja
Tempoh pinjaman bahan bacaan boleh diperbaharui untuk tambahan 2 minggu jika tiada reservasi pada item.
Denda
Bahan perpustakaan yang lewat melewati tempoh pinjaman akan dikenakan denda RM0.50 sehari bagi setiap item.
Peminjam adalah bertanggungjawab ke atas bahan yang dipinjam.
Ahli yang meminjam bahan perpustakaan hendaklah bertanggungjawab untuk membayar ganti rugi dengan harga semasa bahan atau harga sewaktu dibeli tertakluk kepada mana yang lebih tinggi, sekiranya bahan perpustakaan itu hilang atau rosak.
Perlakuan
Perpustakaan adalah tempat untuk belajar dan membaca dengan tenang.
Perbualan yang kuat dan tingkah laku yang mengganggu tidak dibenarkan di perpustakaan.
Pengunaan Internet
Perpustakaan menyediakan akses internet percuma kepada ahli.
Penggunaan internet tertakluk kepada dasar penggunaan internet
perpustakaan, yang melarang aktiviti yang menyalahi undang-undang dan kandungan yang tidak sesuai.
Bilik Tayangan
Perpustakaan mempunyai bilik tayangan yang tersedia untuk digunakan oleh kakitangan MBIP.
Tempahan mestilah dibuat lebih awal dan tertakluk pada ketersediaan.
Makanan dan Minuman
Pengguna perpustakaan adalah dilarang membawa sebarang bahan makanan ke dalam perpustakaan dan hanya minumam yang dimasukkan ke dalam bekas tertutup boleh dibawa masuk ke perpustakaan.